Jual CD & DVD Cetak Rompak Peniaga Didenda RM56,000

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM156,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa selepas mengaku bersalah menjual 78 keping DVD dan CD cetak rompak bulan lepas.

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar turut memerintahkan tertuduh, Lee Jia Hao, 18, dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kedai tanpa nama, No: 40, Jalan 14/2, Subang Jaya kira-kira pukul 5.30 petang pada 10 Jun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1)(b) Akta Hakcipta 1987 dan dihukum mengikut Seksyen 41 (1)(i) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu peguam Surya Putra Taulan yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod sabitan lampau dan telah insaf atas perbuatannya.

Beliau berkata kes itu juga tidak melibatkan keganasan fizikal atau seksual.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Syahriah Shapiee memohon mahkamah mengenakan denda tinggi sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh malah kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama.

Beliau berkata hukuman yang dijatuhkan perlu mengambil kira kepentingan awam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan