Bekas Pengarah Syarikat Didakwa Salah Guna Cek

Diterbitkan: Rabu, 25 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas dua pertuduhan menyalahguna cek berjumlah RM710,000, empat tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Hoong Boon Chong, 38, didakwa dengan curangnya menunaikan cek Public Bank Berhad bernilai RM680,000 milik Es Designer & Construction (M) Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan kedua, Hoong didakwa dengan pertuduhan yang sama melibatkan cek berjumlah RM30,000.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Jalan Kuchai Lama pada 14 Februari 2007 dan 29 Februari 2012.

Hoong, yang diwakili peguam P. Jeyakumar, didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan sebatan dan juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Hakim S.M Komathy Suppiah membenarkan ayah kepada tiga anak itu diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Hoong menyerahkan pasport kepada mahkamah. Mahkamah kemudian menetapkan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan