Kerajaan Negeri Terengganu Tiada Hak Saman Syed Azman - Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk meneruskan saman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari parti PAS dan tiga lagi berhubung sebuah artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di negeri itu.

Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan bantahan awal Syed Azman dan tiga defendan lain bagi membatalkan kerajaan negeri Terengganu sebagai pihak dalam saman tersebut.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin memaklumkan media hakim itu memutuskan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai locus standi bagi meneruskan saman tersebut.

Pada 15 Disember tahun lepas, kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said, serta dua peniaga iaitu Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform sekolah serta alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.

Selain Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit Harakah iaitu Datuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, sebagai defendan.

Keputusan itu menyaksikan tiga lagi plaintif kekal dalam saman tersebut.

Bagaimanapun, Mohamed Hanipa berkata Hakim Yeoh mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan pada 30 Julai berhubung isu sama ada defendan kedua memfailkan saman itu dalam kapasiti peribadinya, atau sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata hakim itu akan memutuskan isu tersebut pada 28 Ogos ini.

Dalam penyataan tuntutan, plaintif mendakwa Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk "Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah?' yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 November 2011.

Mereka juga mendakwa artikel itu membawa maksud kerajaan negeri dan Menteri Besar tidak telus dalam pemberian kontrak di bawah program bantuan sekolah di Terengganu.

Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan