Warga Bangladesh Dipenjara 13 Tahun, Lima Sebatan Rogol Pelajar Lembam

Diterbitkan: Isnin, 23 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pencuci kereta warga Bangladesh dipenjara 13 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin kerana merogol seorang pelajar perempuan lembam.

Hakim Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mamun, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam kes ini.

Yasmin memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh dia di tangkap iaitu pada 16 Februari 2011.

Tertuduh didakwa merogol pelajar tingkatan satu yang berusia 12 tahun sembilan bulan itu di dalam sebuah kedai kosong, Jalan PUJ, 3/12, Taman Puncak Jalil, Selangor, 14 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Gurmit Singh yang mewakili Mamun, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memohon supaya diberikan peluang untuk kembali ke pangkal jalan.

Timbalan Pendakwa Raya Chong Yin Xin memberitahu mahkamah tertuduh sepatutnya berfikir dahulu sebelum melakukan kesalahan itu lebih-lebih lagi dia merupakan seorang bapa.

Di mahkamah sama, seorang buruh binaan dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan merogol pelajar sekolah rendah, dua tahun lepas.

Yasmin membuat keputusan tersebut di akhir kes pendakwaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Misnam Asmawi, 24.

Misnam yang diwakili peguam Esther Tan, didakwa merogol pelajar perempuan berusia 12 tahun itu, di Lot 3311-14 Kg Paya Jaras Hilir, Sungai Pelong, Selangor, antara Oktober 2010 hingga November 2010.

Sepanjang perbicaraan empat saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan