Sebutan Semula Kes Culik Nayati Ditetapkan 27 Ogos

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret pada Jumaat menetapkan 27 Ogos untuk sebutan semula kes tiga lelaki yang didakwa menculik kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, dengan tujuan menuntut wang tebusan sebanyak RM300,000.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne bahawa pihaknya belum menerima laporan kimia dan laporan rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian.

Lee Phak Seng, 19, dan Chang Tat Siong serta Foong Khar Fai, masing-masing berusia 24 tahun, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan niat bersama menculik Nayati, 12, di Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields pada jam 7.30 pagi, 27 April lalu.

Lee dan Foong yang bekerja sendiri serta Chang, seorang jurujual didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Colek 1961 yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika ia tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan.

Chang dan Foong diwakili peguam bela Rejinder Singh manakaka Lee diwakili peguam Chong Joo Tian.

Nayati ditemui di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan di sini pada jam 7.55 pagi, 3 Mei lalu selepas dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont Kiara ketika berjalan ke sekolahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan