Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Sime Darby Didakwa Atas Tujuh Kesalahan Akta Industri Sekuriti

Diterbitkan: Sabtu, 21 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

E.Sreesanthan
E.Sreesanthan

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah bukan eksekutif bebas Sime Darby Bhd Datuk E.Sreesanthan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari atas tujuh kesalahan mengikut Akta Industri Sekuriti dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan, enam tahun lalu.

Pertuduhan itu antara lain berhubung pembabitannya dalam satu perdagangan dalaman melibatkan 625,000 unit saham Sime Darby Bhd, Maxis Communications Bhd, UEM World Bhd dan VADS Bhd.

Sreesanthan, 52, yang juga seorang peguam kanan korporat, didakwa atas tiga kesalahan mengikut Akta Industri Sekuriti.

Dia didakwa mendapat 75,000 unit saham Sime Darby Bhd sementara memiliki maklumat yang secara amnya tidak tersedia kepada maklumat berhubung cadangan pengambilalihan oleh sebuah syarikat khas yang dikenali kemudiannya sebagai Synergy Drive Sdn Bhd bagi keseluruhan perniagaan dan perjalanannya termasuk aset dan liabiliti sembilan syarikat termasuk Sime Engineering Services Bhd, Golden Hope Plantations Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd.

Dia didakwa atas pertuduhan keempat mendapat 200,000 unit saham UEM World Bhd, sementara memiliki maklumat yang secara amnya tidak tersedia mengenai harga atau nilai saham-saham termasuk cadangan tawaran terhad tidak boleh batal untuk jualan saham oleh UEM World Bhd dalam anak-anak syarikatnya yang tersenarai kepada pemegang saham UEM World Bhd.

Sreesanthan juga menghadapi lima pertuduhan mendapat 100,000 unit saham VADS Berhad, sementara memiliki maklumat yang secara amnya tidak tersedia kepada maklumat berhubung harga atau nilai saham berhubung cadangan penswastaan VADS Bhd melalui pengurangan modal dan pembayaran balik terpilih.

Dia juga didakwa mendapat 50,000 unit saham Maxis Communications Bhd, sementara memiliki maklumat berhubung cadangan penswastaan Maxis.

Sreesanthan juga menghadapi pertuduhan mendapat 200,000 unit saham Maxis sementara memiliki maklumat berhubung cadangan pengambilalihan bersyarat oleh sebuah syarikat khas yang dikenali kemudiannya sebagai Binariang GSM Sdn Bhd untuk mendapat semua saham undian dalam Maxis.

Dia juga didakwa melakukan semua kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Bhd di Bukit Kewangan, di sini antara 9 Okt, 2006 hingga 18 Sept, 2008.

Sreesanthan didakwa mengikut Seksyen 89E (2)(a) Akta Industri Sekuriti 1983 (Akta 280) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 89E (4) akta sama dan juga mengikut Seksyen 188(2)(a) Pasaran Modal dan juga mengikut Akta Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 188 (4) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan penalti denda maksimum RM1 juta dan hukuman penjara maksimum 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Ros Mawar Rozain dari Suruhanjaya Sekuriti menawarkan jaminan RM1.5 juta dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah atas alasan ia merupakan kesalahan serius.

Peguam M.Puravelan mewakili Sreesanthan memohon jaminan RM150,000 kerana pihak pendakwaan tidak mempunyai budi bicara untuk memaksa mahkamah mengenakan jaminan berat kepada tertuduh.

Hakim Datuk Jagjit Singh membenarkan Sreesanthan dijamin RM300,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertudunan dan memerintahkannya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan menetapkan 20 Sept untuk pengurusan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan