Polis Trafik Didakwa Sebabkan Kematian Rakan Setugas

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang anggota polis trafik pada Jumaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan menyebabkan kematian rakan setugas secara cuai pada bulan lepas.

Korporal Mohd Sedi Mat, 51, didakwa mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan atas dakwaan menyebabkan kematian Korporal Mustaghni Tabri, 48, dengan satu perbuatan gopoh atau cuai di Jalan Lingkungan Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang pukul 1.45 pagi, 3 Jun lepas.

Dia boleh dipenjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya Putri Iskandariah Mat Tahir menawarkan jaminan RM8,000 kepada tertuduh tetapi peguam belanya Affifuddin Mohd Afifi memohon ia dikurangkan.

Affifuddin memohon kepada mahkamah supaya jaminan anak guamnya dikurangkan kepada RM4,000 memandangkan Mohd Sedi terpaksa menyara tujuh anak yang masih bersekolah dan seorang isteri selain tidak mempunyai kesalahan lampau.

Majistret Hurman Hussain kemudiannya menetapkan jaminan pada RM4,000 dengan seorang penjamin dengan tarikh sebutan semula kes itu pada 10 September ini sementara menunggu laporan bedah siasat Mustaghni. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan