Permohonan Injunksi Lynas Diputuskan 26 Julai Ini

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan permohonan injunksi pada 26 Julai ini oleh Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi menghalang kumpulan antiLynas, 'Save Malaysia, Stop Lynas' (SMSL) dan lima lain daripada terus menerbitkan artikel berunsur fitnah mengenai Lynas.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan oleh peguam Rishwant Singh, yang mewakili Lynas dan Datuk Bastian Pius Vendargon yang bertindak bagi pihak SMLS dan lima defendan lain.

Dalam permohonan itu, Lynas menuntut defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada lama blog sehingga selesai saman tersebut.

Pada 19 April lalu, Lynas Corporation of Sydney, Australia dan Lynas Malaysia memfailkan saman terhadap SMSL Sdn Bhd dan dua pengarahnya, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow dan tiga sukarelawan Hang Chong Leung, Lee Chow Fong dan Ismail Abu terhadap artikel berunsur fitnah yang diterbitkan dalam laman blognya pada 22 Mac lalu.

Pada permulaan, Rishwant berhujah bahawa defendan bergantung kepada komen berpatutan dalam kenyataan pembelaan mereka tetapi menegaskan komen berpatutan perlu berdasarkan fakta.

Beliau berkata komen yang diterbitkan dalam laman blog dan dunia berhak menerima maklumat berkenaan.

Vendargon membantah permohonan injunksi tersebut sambil berkata artikel dalam laman blog itu berdasarkan pandangan dan laporan pakar serta saksi-saksi yang mana pihak defendan akan mengemukakan semasa perbicaraan.

Beliau juga berkata hak kebebasan bercakap dan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tidak sebegitu mudah untuk memberikan injunksi bagi menghalang atau menghentikan kebebasan bersuara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan