Peguam Kanan Hadapi Tujuh Dakwaan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peguam kanan, Datuk Sreesanthan Eliathamy (kiri), pada Jumaat didakwa atas tujuh tuduhan membabitkan saham Sime Darby, UEM, VADS dan Maxis, di Mahkamah Sesyen di sini. Bersama beliau adalah peguam yang mewakilinya,M. Puravelan.- Foto THE STAR Oleh: AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.
Peguam kanan, Datuk Sreesanthan Eliathamy (kiri), pada Jumaat didakwa atas tujuh tuduhan membabitkan saham Sime Darby, UEM, VADS dan Maxis, di Mahkamah Sesyen di sini. Bersama beliau adalah peguam yang mewakilinya,M. Puravelan.- Foto THE STAR Oleh: AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.

KUALA LUMPUR: Seorang peguam pada Jumaat didakwa dengan tujuh tuduhan membabitkan saham Sime Darby, UEM, VADS dan Maxis, di Mahkamah Sesyen di sini.

Datuk E. Sreesanthan, 52, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu.

Pertuduhan itu antara lain berhubung pembabitannya dalam satu perdagangan dalaman melibatkan 625,000 unit saham Sime Darby Bhd, Maxis Communications Bhd, UEM World Bhd dan VADS Bhd.

Sreesanthan yang juga seorang peguam kanan korporat, didakwa atas tiga kesalahan mengikut Akta Industri Sekuriti.

Dia didakwa mendapat 75,000 unit saham Sime Darby Bhd sementara memiliki maklumat yang secara amnya tidak tersedia kepada maklumat berhubung cadangan pengambilalihan oleh sebuah syarikat khas yang dikenali kemudiannya sebagai Synergy Drive Sdn Bhd bagi keseluruhan perniagaan dan perjalanannya termasuk aset dan liabiliti sembilan syarikat termasuk Sime Engineering Services Bhd, Golden Hope Plantations Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd.

Dia didakwa atas pertuduhan keempat mendapat 200,000 unit saham UEM World Bhd, sementara memiliki maklumat yang secara amnya tidak tersedia mengenai harga atau nilai saham-saham termasuk cadangan tawaran terhad tidak boleh batal untuk jualan saham oleh UEM World Bhd dalam anak-anak syarikatnya yang tersenarai kepada pemegang saham UEM World Bhd.

Sreesanthan juga menghadapi lima pertuduhan mendapat 100,000 unit saham VADS Berhad, sementara memiliki maklumat yang secara amnya tidak tersedia kepada maklumat berhubung harga atau nilai saham berhubung cadangan penswastaan VADS Bhd melalui pengurangan modal dan pembayaran balik terpilih.

Dia juga didakwa mendapat 50,000 unit saham Maxis Communications Bhd, sementara memiliki maklumat berhubung cadangan penswastaan Maxis.

Sreesanthan juga menghadapi pertuduhan mendapat 200,000 unit saham Maxis sementara memiliki maklumat berhubung cadangan pengambilalihan bersyarat oleh sebuah syarikat khas yang dikenali kemudiannya sebagai Binariang GSM Sdn Bhd untuk mendapat semua saham undian dalam Maxis.

Dia juga didakwa melakukan semua kesalahan itu di Bursa Malaysia Securities Bhd di Bukit Kewangan, di sini antara 9 Oktober, 2006 hingga 18 Sept, 2008.

Sreesanthan didakwa mengikut Seksyen 89E (2)(a) Akta Industri Sekuriti 1983 (Akta 280) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 89E (4) akta sama dan juga mengikut Seksyen 188(2)(a) Pasaran Modal dan juga mengikut Akta Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 188 (4) akta sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan penalti denda maksimum RM1 juta dan hukuman penjara maksimum 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Ros Mawar Rozain dari Suruhanjaya Sekuriti menawarkan jaminan RM1.5 juta dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah atas alasan ia merupakan kesalahan serius.

Peguam M.Puravelan mewakili Sreesanthan memohon jaminan RM150,000 kerana pihak pendakwaan tidak mempunyai budi bicara untuk memaksa mahkamah mengenakan jaminan berat kepada tertuduh.

Hakim Datuk Jagjit Singh membenarkan Sreesanthan dijamin RM300,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertudunan dan memerintahkannya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan menetapkan 20 September untuk pengurusan kes.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan