Pegawai Polis Berpangkat ASP Lepas Dan Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis berpangkat ASP pada Khamis menarik nafas lega apabila Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan rasuah, lima tahun lepas.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi ASP Sydney Clyde Jeremiah, 51.

Rozilah ketika menyampaikan keputusan itu berkata terdapat keterangan yang mencurigakan daripada Sarjan Mohd Toh Kee Joo dan pengadu dalam kes ini, Mohd Khusaifil Che Rashid untuk mensabitkan tertuduh dengan kesalahan yang dilakukan.

"Mahkamah berpendapat keterangan tertuduh bersifat jujur dan mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan anggapan undang-undang di bawah Seksyen 42 Akta Pencegahan Rasuah 1997," katanya.

Rozilah berkata tertuduh menerima sampul surat berwarna putih daripada Sarjan Mohd Toh sebelum memasukkannya dalam laci meja tanpa mengetahui kandungan sampul surat berkenaan berisi wang RM2,000, kerana mempercayai sampul itu mengandungi dokumen berkaitan penjualan kereta tertuduh. "Tertuduh dalam keterangannya berkata dia meminta Sarjan Mohd Toh, yang juga rakan sekerjanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk menguruskan penjualan kereta kerana Sarjan Mohd Toh mempunyai kenalan bagi menguruskan hal itu (jual kereta).

"Berdasarkan keterangan tertuduh, sampul itu diserahkan oleh Sarjan Mohd Toh dan rakannya itu dilihat tergesa-gesa keluar dari pejabat namun dia tidak sempat membuka sampul itu kerana terlalu sibuk," kata Rozilah.

Jeremiah, yang kini bertugas di Bahagian Perundangan di Bukit Aman, didakwa bersetuju menerima rasuah wang tunai RM2,000 daripada peniaga pakaian terpakai, Mohd Khusaifil Che Rashid, 36, sebagai dorongan untuk melepaskan Hoi Chee Kin, 29, daripada kesalahan menawarkan perkhidmatan seks.

Dia yang ketika kejadian bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Penolong Penguasa Polis, Tingkat 8, IPD Dang Wangi pada pukul 3.30 petang, 26 Oktober 2007, mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Pendakwaan dikendalikan Wong Poi Yoke dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia manakala tertuduh diwakili peguam Afifuddin Ahmad Hafifi.

Selepas selesai prosiding, Jeremiah terus meluru ke arah isterinya dan memeluknya sambil kedua-duanya dilihat menangis.

Pada 30 Januari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Jeremiah membela diri selepas membenarkan permohonan SPRM terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Katar yang membebaskan pegawai polis itu pada 2010 di akhir kes pendakwaan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan