Dua Penghantar Surat Hadapi 166 Tuduhan Palsukan Dokumen

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Dua penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas 166 pertuduhan memalsukan dokumen melibatkan nilai transaksi RM97,268 dari 9 Feb sehingga 26 April tahun ini.

Mohd Farid Dakoit, 29 dan Shahrul Farid Mohamad Yusop, 33 didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas mengecap dokumen-doukumen itu dengan duti setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) palsu bagi membuktikan pembayaran dilakukan kepada agensi kutipan hasil itu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pejabat Tetuan Desmond Chan & Co di Jalan Batu Tiga Lama di sini.

Pertuduhan dilakukan secara berasingan di hadapan Majitret Ho Kwang Chin di mana kedua-duanya mengaku tidak bersalah terhadap 79 pertuduhan memalsukan dokumen melibatkan nilai transaksi berjumlah RM49,662.

Timbalan Pendakwaraya Nor Azilah Mat meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 bagi setiap kes tetapi peguambela kedua-dua tertuduh, Gerard Lazarus meminta supaya jaminan dikurangkan kepada satu nilai tertentu bukan berdasarkan nilai setiap pertuduhan.

Beliau meminta mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 setiap seorang bagi setiap pertuduhan memandangkan kedua-dua mereka memberikan kerjasama dalam siasatan dengan datang sendiri kepada pihak polis apabila dipanggil membantu siasatan.

Bagaimanapun, Nor Azilah berkata pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh terlalu banyak dan meminta jaminan dikekalkan.

Ho kemudiannya menetapkan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin ke atas setiap tertuduh dan mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap Rabu.

Beliau juga menetapkan tarikh sebutan semula kes ini pada 27 Ogos ini.

Sementara itu, di hadapan Majistret Hurman Hussain, kedua-dua mereka juga tidak mengaku bersalah terhadap 87 pertuduhan yang sama melibatkan nilai transaksi RM47,606.

Timbalan Pendakwaraya Putri Iskandariah Md Tahir meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan Lazarus yang mewakili mereka meminta mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi keseluruhan pertuduhan.

Bagaimanapun, Hurman mengenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 27 Ogos ini.

Kesemua pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun keseksaan dan jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan