Dipenjara 14 Bulan Atas Kesalahan Pecah Masuk Rumah - Berita Mahkamah | mStar

Dipenjara 14 Bulan Atas Kesalahan Pecah Masuk Rumah

Diterbitkan: Khamis, 19 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Khamis selepas mengaku bersalah memecah masuk rumah milik seorang eksekutif projek, empat bulan lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid memerintahkan Mohd Faiez Isa, 25, menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2 Mac.

Tertuduh didakwa memasuki rumah milik Rosnani Abdul Hamid di Taman Lindungan di sini, pada 4.00 pagi, 2 Mac lalu.

Ahmad Solihin didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan