15 Ogos Sebutan Semula Kes Saman Ketua Wanita MCA Melaka

Diterbitkan: Rabu, 18 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Mahkamah Sesyen di sini, Rabu menetapkan 15 Ogos depan bagi sebutan semula kes saman Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terhadap Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har.

Kian didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan Megamall di sini pada 28 April lepas sehingga menyebabkan pihak berkuasa tempatan itu mengalami kerugian.

Hakim Abu Bakar Katar menetapkan tarikh itu selepas Kian yang hadir di mahkamah memohon untuk melantik peguam dan mengemukakan pernyataan pembelaan.

Mahkamah juga diberitahu oleh MBMB yang diwakili Tetuan Muhammad Jailani & Partners bahawa mereka masih gagal menyerahkan saman terhadap lima lagi individu iaitu Khoo Poay Tiong; Philip Chua; Yuhaizad Abdullah; Halim Bachik dan Abd Ghani Abd Rahman yang turut dinamakan sebagai defendan.

Pada 4 Mei lepas, MBMB yang memfailkan saman dengan menamakan Kian sebagai defendan keenam mendakwa kesemua mereka adalah penganjur atau peserta atau penyokong atau pemberi arahan atau pencetus rasa marah serta orang yang bertanggungjawab dalam penganjuran perhimpunan tidak sah itu sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian apabila harta benda awam dirosakkan.

Dalam pernyataan tuntutan itu juga, MBMB mendakwa para peserta dan penyokong perhimpunan itu telah memasuki dan berkumpul di hadapan pintu masuk dataran berkenaan dengan niat mencetuskan kekacauan serta mengganggu ketenteraman awam.

MBMB turut mendakwa larangan dan arahan yang dikeluarkan penguatkuasanya bagi menyuraikan para penyokong atau peserta perhimpunan di dalam kawalan defendan-defendan tidak diendah sehingga menyebabkan lapan anggota penguatkuasa cedera apabila besi penghadang yang disusun, diasak dan ditolak penyokong perhimpunan itu.

Justeru, MBMB memohon ganti rugi teladan, am dan khas, kos dan lain-lain relif yang dianggap adil dan berpatutan oleh mahkamah. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan