Pukul Isteri: Guru Didenda RM3,500

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Seorang guru didenda berjumlah RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu mencederakan dan mengugut isterinya.

Fadzil Hamdani, 35, didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi kesalahan mencederakan isterinya, Rosziwati Ahmad, 35, di sebuah rumah di Felda Umas pada kira-kira 10 malam, 26 Februari tahun ini.

Dia didenda RM2,500 atau lima bulan penjara bagi kesalahan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada isterinya itu pada tarikh, masa dan di tempat yang sama.

Berdasarkan fakta kes, Fadzil telah menampar pipi kiri dan kanan isterinya semasa sedang melipat kain di ruang tamu dan kemudian mengeluarkan kata-kata ugutan mengancam nyawa isterinya itu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan