Amuk Di JPM: Muhdalena Didakwa Atas Dua Tuduhan

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Wanita yang cedera dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lalu, didakwa atas tuduhan mengugut untuk mencederakan polis.

Muhdalena Ahmad, 28, turut didakwa membawa pedang samurai.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Presint 1 di sini kira-kira pukul 2.30 petang pada 9 Julai.

Muhdalena mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan ketika pendakwaan dijalankan terhadapnya di Hospital Putrajaya di sini.

Pasangannya, Khalil Afendi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terkena tembakan di bahagian tangan dan ari-arinya.

Hakim Mohd Kafli Che Ali menetapkan ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Balkiah Mohd Yazaid mewakili pihak pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan