Pecah Masuk Kedai &Tadika: Buruh Dipenjara Setahun

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang buruh dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku memecah masuk sebuah premis perniagaan dan tadika, dua bulan lepas.

Majistret Parveen Hameedah Nachtiar memerintahkan Mohd Fikri Anuar Mat Ali, 22, menjalani hukuman itu mulai tarikh ditangkap iaitu pada 9 Julai lepas.

Mohd Fikri turut dihukum penjara tiga bulan selepas mengaku memiliki kad pengenalan orang lain.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani semua hukuman secara serentak.

Dia didakwa memecah masuk premis syarikat RDM Tech Solutions di Pasar Besar Gombak di sini, antara 7 petang 29 Mei dan 11.30 pagi 30 Mei lepas untuk mencuri 13 komputer riba pelbagai jenama serta sebuah 'playstation', yang bernilai RM15,000 milik Arif Hafifi Abu Hanifah, 30.

Mohd Fikri juga didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, memecah masuk Tadika Si Manja Canggih di Setapak antara 5 petang 26 Mei dan 8.45 pagi 28 Mei 2012 untuk mencuri 10 desktop, tiga projektor, satu set dram, sebuah televisyen dan sebuah gitar, yang bernilai RM30,000.

Bagi kedua-dua kesalahan, dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa memiliki kad pengenalan Mohd Najmuddin Abd Rashid di PPR Sungai Bunos, Setapak pada 5.15 pagi, 22 Jun lepas.

Bagi kesalahan ini, Mohd Fitri didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mohd Fikri Anuar tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abdul Halim. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan