Aduan Palsu: Pemandu Bas Dipenjara 7 Hari, Denda RM10,000

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pemandu bas dihukum penjara tujuh hari dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku membuat aduan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tahun lepas.

Hakim Datin Nursinah Adzmi memerintahkan hukuman penjara Azmi Abdul Rahman, 48, bermula dari tarikh dia ditahan reman iaitu Isnin lepas.

Dalam penghakimannya, Nursinah berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius kerana tindakan itu boleh memberi kesan kepada SPRM dan masyarakat sekeliling.

Azmi didakwa membuat aduan palsu kepada Penolong Penguasa SPRM negeri Mohd Azri Othman di pejabat suruhanjaya itu di sini pada kira-kira 4 petang, 18 Oktober tahun lepas mengikut Seksyen 27 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dalam aduannya, Azmi mendakwa seorang pegawai CIMB Bank yang hanya dikenali sebagai Bustamam, telah meminta wang sebanyak RM21,000 sebagai balasan untuk membenarkan dia membuat pengeluaran simpanan tetap sebanyak RM450,000 sebelum cukup tempoh matang, sedangkan tertuduh tidak memiliki akaun itu di bank berkenaan serta jumlah simpanan tesebut.

Terdahulu, Azmi yang tidak diwakili peguam, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya kerana dia mempunyai masalah kesihatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Fairuz Johari. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan