Juruteknik Kilang Didakwa Bunuh Kerani Bank

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini, Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang kerani bank, bulan lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada B. Vijendran ketika pertuduhan dibacakan di hadapan MajistretNoor Farah Hazwani Osman. Vijendran, 33, didakwa membunuh P. Yogambika, 27, di kaki lima Tingkat 9, Blok B, Mesra Prima Apartment, Jalan Ikan Emas, dalam daerah Polis Ampang Jaya, Selangor, pada 10 malam, 28 Jun lepas.

Dia yang diwakili peguamA. Bala Naidodidakwamengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang bolehmembawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 6 November untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorangkerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di sebuah apartmen di Ampang. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan