Penyelia Hadapi Lima Pertuduhan Termasuk Cuba Bunuh Anggota Polis

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang penyelia kilang mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret dan mahkamah sesyen di sini rABU atas lima pertuduhan, termasuk cubaan membunuh seorang anggota polis, lima hari lepas di sini.

Di Mahkamah Sesyen, I.R.Thevaraj, 27, didakwa melakukan cubaan membunuh Saiful Azra Jusoh, dengan melanggar motosikal anggota polis itu menggunakan keretanya sehingga menyebabkan kecederaan ke atas Saiful Azra.

Tertuduh, yang diwakili peguam K.A Ramu, didakwa melakukan kesalahan di jejambat Jalan 222 menghala ke Kuala Lumpur di Lebuhraya Persekutuan berdekatan Sungai Way, pukul 6.35 pagi, 6 Julai lepas.

Thevaraj didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Peguam Ramu membuat permohonan kepada mahkamah agar anak guamnya itu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak, untuk memastikan keadaannya pada waktu kejadian.

Hakim, Balqis Aini Mohd Ali membenarkan permohonan itu, sementara pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah tidak membantah.

Thevaraj selepas itu dibawa ke Mahkamah Majistret Tiga untuk didakwa atas dua pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan ke atas bekas teman wanitanya, N.Sivarajani, 25, dengan menumbuk bahagian pipi sebelah kanan dan melakukan khianat dengan memecahkan cermin hadapan kenderaan Sivarajani.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di jalan susur keluar KM 19.6, Lebuhraya Persekutuan berdekatan Kelana Jaya, pada 6.30 pagi, 6 Julai lepas, iaitu kira-kira lima minit sebelum tertuduh melanggar anggota polis itu.

Thevaraj didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kesalahan menyebabkan kecederaan ke atas Sivarajani, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya.

Sementara bagi kesalahan memecah cermin kenderaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Majistret Nazri Omran, dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Datuk Ahmad Zakiuddin.

Sementara itu di Mahkamah Majistret Dua, Thevaraj didakwa memiliki sebilah parang dan melakukan pencerobohan di kilang Western Digital, Sungai Way pada April lepas.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Tingkat 4, Kilang Western Digital, Jalan SS 8/4, Sungai Way, di sini, pada pukul 11.50 malam pada 9 April.

Bagi kesalahan memiliki senjata berbahaya, Thevaraj didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Sejata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan sebat, jika sabit kesalahan, dan bagi kesalahan menceroboh, dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dibicarakan di hadapan Majistret, Nor Afidah Idris dan pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah.

Ketiga-tiga mahkamah itu menetapkan 10 Ogos ini bagi sebutan semula kelima-lima kes selepas mendapat laporan kesihatan mental tertuduh dari pihak hospital. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan