Adik Penyanyi Wanita Popular Dipenjara Tujuh Tahun Kerana Samun

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Adik kepada seorang penyanyi wanita popular dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas didapati bersalah menyamun seorang wanita rakyat Singapura, awal tahun ini.

Hakim Zamri Bakar memerintahkan Mohd Faizal Abu Hasan, 29, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh dia ditangkap, 15 Mac lepas.

Mohd Faizal yang berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didakwa melakukan samun dengan merampas beg tangan milik warga singapura Rohana Jamal, 30, di hadapan masjid, Taman Tampoi Indah, Tampoi, di sini, kira-kira 1.15 tengah hari, 23 Januari lepas.

Dia yang sudah bercerai dan memiliki seorang anak perempuan berumur tiga tahun didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau disebat.

Terdahulu, peguam Syed Ahmad Sadik Syed Ahmad Kabeer yang mewakili Mohd Faizal memohon mahkamah untuk menangguhan pelaksanaan hukuman berkenaan, bagaimanapun ditolak oleh Hakim Zamri.

Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar pula memohon mahkamah mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh kerana melibatkan kepentingan awam memandangkan jenayah berkenaan kerap berlaku pada masa kini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan