Ejen Insurans Didakwa Tipu Teman Wanita RM100,000

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu teman wanitanya membabitkan RM100,000 dua bulan lepas.

Mohd Mahadir Othman, 34, didakwa menipu mangsa yang berusia 30 tahun, sehingga mendorong wanita yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta itu memasukkan wang RM100,000 bagi tujuan pelaburan di Bank CIMB, sedangkan tertuduh tidak memasukkan wang itu ke dalam pelaburan.

Tertuduh yang tinggal di Kampung Pandan di sini didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat 19 Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, Dang Wangi di sini pada 14 Mei lepas.

Mohd Mahadir, yang ditangkap pada 2 Julai lepas, dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Ogos depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izuddin Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Mohsin Abd Kader. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan