Dua Anggota Polis Didakwa Samun Empat Warga Bangladesh

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas pertuduhan menyamun empat lelaki warga Bangladesh menggunakan sepucuk pistol.

Junaidi Awang, 33, dan Rasli Zainol Abidin, 40, didakwa bersama-sama dua orang yang masih bebas, menyamun wang Md Shafiqul Sheikh, Md Moshiur Rahman, Borhan Uddin Molla dan Al Amien yang kesemuanya berjumlah RM592.

Kedua-dua anggota polis yang tidak diwakili peguam itu didakwa menyamun empat lelaki itu, yang berumur antara 26 dan 33 tahun, di Blok E, Sri Ara Apartment, Jalan PJU 1A/5, Ara Damansara, Selangor pada 12.30 malam, 11 Julai tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan Junaidi dan Rasli masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Ogos depan untuk sebutan bagi mereka melantik peguam.

Di mahkamah sama, seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita warga Indonesia dua bulan lepas.

Lee Tien Song, 30, didakwa memperdagangkan Ai Juarsih, 24, bagi maksud eksploitasi seks di SP Link Foot Reflexologi, di Jalan PJU 1/3D, Pusat Komersil Sunwaymas, di sini pada 8.30 malam, 17 Mei lalu.

Lee, yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan, didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Balqis Aini membenarkannya diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Julai sebagai tarikh sebutan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan