Pembantu Penyelia DUN Didakwa Buat Tuntutan Palsu RM1 Juta

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang Pembantu Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan membuat tuntutan palsu RM1 juta, empat tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Md Sayuti Daud, 52, didakwa memberi dokumen mengandungi senarai nama penerima Dana Kebajikan LRTSB dengan jumlah 500 orang iaitu sebanyak RM2,000 untuk setiap seorang, yang keseluruhannya berjumlah RM1 juta kepada seorang ejen iaitu Che Nor Aidah Aman, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan LRTSB di Pejabat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB) yang beralamat di No. 1797, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini antara Februari hingga Mei 2008.

Tertuduh bagaimanapun mengetahui dokumen itu mempunyai butiran palsu mengenai senarai nama penerima, iaitu seramai 30 orang penama didapati meninggal dunia dan 40 penama lagi tidak wujud.

Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Undang-undang Malaysia Akta 575) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Md Sayuti juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu pada tempat dan tarikh yang sama, memalsukan satu dokumen iaitu senarai nama penerima Dana Kebajikan LRTSB dengan jumlah keseluruhan 500 orang iaitu sebanyak RM2,000 untuk setiap seorang, yang keseluruhannya berjumlah RM1 juta dengan niat hendak menggunakan dokumen tersebut untuk tujuan menipu.

Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 465 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan tertuduh dikehendaki melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat sebelum 4 haribulan setiap bulan dan tertuduh juga tidak boleh meninggalkan daerah Hulu Terengganu kecuali dengan kebenaran mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohd Radhia Nik Abdul Ghani.

Mahkamah menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan