Penjual Nasi Ayam Didakwa Di Mahkamah, Bunuh Teman Wanita - Berita Mahkamah | mStar

Penjual Nasi Ayam Didakwa Di Mahkamah, Bunuh Teman Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penjual nasi ayam didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh teman wanitanya di sini, bulan lepas.

Cheh Chun Nam, 33, didakwa membunuh Chan Yee Mun, 23, di sebuah rumah beralamat No. C-2-129, Persiaran Lemak, Jalan Lemak, Taman Segar, Cheras di sini antara 2 pagi dan 3.30 pagi, pada 22 Jun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Cheh, yang tidak diwakili peguam, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin. Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menetapkan 5 Sept ini untuk sebutan laporan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan Chan dikatakan disimbah petrol sebelum dibakar, selepas bertengkar dengan seseorang.

Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit melecur 90 peratus bahagian badan dan dilaporkan dikejarkan ke hospital untuk rawatan oleh jirannya yang terdengar wanita itu menjerit meminta tolong.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S.Malini Anne. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan