Pekerja Kilang Warga Indonesia Dipenjara Tiga Tahun Sebabkan Kematian Bayi Sendiri

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pekerja kilang wanita warga Indonesia dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menyebabkan kematian seorang bayi perempuan yang baru dilahirkannya bulan lepas.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal membuat keputusan itu selepas Nenda Nurindahsari, 21, mengaku melakukan perbuatan tersebut di premis Kilang Western Digital, Lot 3, Jalan SS 8/6, Sungai Way, Selangor antara 4.30 petang hingga 5.02 petang pada 15 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun, rakaman CCTV kilang itu menunjukkan tertuduh masuk ke dalam sebuah tandas di premis tersebut dalam keadaan sarat mengandung tetapi keluar dengan keadaan perut yang kempis.

Terdahulu, Nenda Nurindahsari, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia merupakan penanggung utama keluarganya di Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan