Padah Ugut Ibu, Penganggur Dipenjara 14 Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat mengugut ibu kandungnya dengan sebilah pisau panjang kerana berang dengan tindakan wanita itu enggan memberikan wang, seorang penganggur dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Jumaat.

Majistret Mohd Azali Ibrahim turut menghukum Chin Seow Kan, 39, dengan dua bulan penjara bagi pertuduhan kedua iaitu gagal menunjukkan kad pengenalan kepada anggota polis ketika ditahan pada pukul 12.30 tengah malam, Rabu lalu.

Chin, yang mengaku salah atas tuduhan itu, diperintah menjalani kedua-dua hukuman itu serentak dari tarikh tangkapan.

Dia didakwa mengugut ibunya Ng Kim Lan, 71, dengan sebilah pisau sepanjang 57.15sm di Flat PPR, Jalan Pudu Ulu, Cheras, di sini, pada 8 malam, Selasa lepas.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Chin telah meminta wang daripada ibunya tetapi warga emas itu enggan memberikan wang itu dan berlaku pertengkaran antara mereka.

Ng kemudian memberi RM30 kepada tertuduh, namun tertuduh masih tidak berpuas hati lalu mengamuk dengan membawa keluar pisau itu dari sebuah bilik sebelum mengacukan ke arah ibunya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Loh Wei Dhin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan