Bekas Pemandu Mengaku Bantu Hantar Wang Kepada Hasbie

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang bekas pemandu memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia membantu menghantar wang tunai berjumlah di antara RM500,000 hingga RM2 juta lebih 20 kali kepada bekas setiausaha politik menteri.

Japarudin Ibrahim, 38, berkata, dia menghantar sejumlah wang yang besar kepada Hasbie Satar antara 2007 dan 2009, semasa bertugas sebagai pemandu.

Katanya, jumlah wang terbesar pernah dihantarnya adalah sebanyak RM2 juta manakala jumlah terkecil adalah RM500,000.

Dia berkata, wang tersebut diambil daripada pengurus projek Gallant Route Sdn Bhd, Quah Hooi Eng di hadapan Kondominium D'Melor di Cyberjaya, Selangor.

Menurutnya, dia turut mengambil sejumlah wang daripada Quah di beberapa lokasi termasuk di Puchong Utama yang terletak tidak jauh dari syarikat kontraktornya, Japarudin Bin Ibrahim Sdn Bhd (JBI) di mana dia adalah pengurus besar.

Japarudin berkata, dia akan menghantar wang tersebut ke sebuah pangsapuri berhampiran Berjaya Time Square di Bukit Bintang di mana dia dan Hasbie akan mengira wang tersebut.

Ketika Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah bertanya kepada Japarudin jika dia mengetahui tujuan wang tersebut diberikan, Japarudin berkata, Hasbie memberitahunya bahawa wang tersebut diberikan kepadanya (Hasbie) sebagai imbuhan kerana membantu mendapatkan projek.

Japarudin berkata, Hasbie memberitahunya bahawa wang tersebut bukan diberikan kerana tugasnya sebagai seorang setiausaha politik.

Ketika Mohd Asnawi bertanya bagaimana JBI memperoleh pendapatan, Japarudin berkata syarikat tersebut cuba mendapatkan sebarang projek tetapi gagal.

Katanya, syarikat itu memperoleh dana daripada beberapa kontraktor lain yang mendapat projek daripada Hasbie.

Hasbie, 39, yang merupakan bekas setiausaha politik kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop didakwa menerima suapan daripada seorang ejen antara 16 April 2007 dan 13 Ogos 2009.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, dekat sini pada 11 Februari tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis, Hazril Harun dan Pang Chuin Keat.

Hasbie pula diwakili peguam bela, Y. Sheelan Samuagam dan Mohd Fairuz Masri.

Perbicaraan akan disambung 7 Ogos ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan