Dua Beradik Didakwa Sebabkan Pengawal Keselamatan

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan sebatang kayu terhadap seorang pengawal keselamatan yang kini dalam keadaan koma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

K.Logesvaran, 20, dan abangnya, K.Mahendran, 27, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar.

Mereka didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap M.Vimal, 25, di padang Jalan Bakti Satu 25/15 A, Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini pada kira-kira 5.45 petang, 25 Jun lepas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala kini bergantung kepada mesin sokongan hayat. Dua beradik itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya R.Kalaiyarrasi yang mengendalikan pendakwaan, mencadangkan agar kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Peguam K.Theivaendran, yang mewakili dua beradik itu bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan ikat jamin yang rendah atas alasan Vimal dikatakan cuba merompak keluarga tertuduh semasa kejadian.

Kalaiyarassi berkata dakwaan bahawa Vimal seorang perompak tidak relevan dan doktor mengesahkan mangsa kini koma akibat kecederaan teruk di kepala serta bergantung kepada mesin sokongan hayat.

Hakim Latifah kemudian menetapkan jaminan RM7,000 serta seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan memerintahkan mereka melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 3 Ogos untuk sebutan semula kes.

Dalam pada itu, Logesvaran turut menghadapi satu lagi tuduhan di Mahkamah Majistret di sini iaitu menyebabkan kecederaan terhadap seorang warga India, Jayapal Vaithilingam, di tempat dan tarikh sama pada kira-kira 6.30 petang.

Tertuduh, yang mengaku tidak bersalah, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Logesvaran dibebaskan dengan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan mahkamah turut menetapkan 3 Ogos untuk sebutan semula kes. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan