Penyelia Kilang Papan Beri Suapan RM300,000

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Penyelia kilang papan, Chu Ee Khon hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas tuduhan memberi rasuah kepada seorang Renjer Jabatan Perhutanan daerah Baling, Kedah pada 8 Februari lepas.

Chu, 52, dari Ara Kuda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang bekerja di kilang papan Baling, dituduh melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 1.20 petang di Ayer Jerneh, Mukim Terap, Kulim.

Mengikut kertas pertuduhan, Chu secara rasuah memberi suapan RM300,000 kepada Ahmad Shuffir Zakaria di pejabat Renjer Jabatan Perhutanan di pekan Tawar, Baling sebagai dorongan untuk tidak melakukan perbuatan berhubungan dengan hal-ehwal prinsipalnya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang tidak mempunyai lesen memindahkan hasil hutan.

Perbuatan itu menjadi kesalahan mengikut seksyen 40(1) Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan salah mengikut seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2001 serta boleh dihukum mengikut seksyen 24 akta sama.

Kesalahan mengikut seksyen itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Chu yang diwakili peguam bela, Moke Yee Yow minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fieza Fazlin Fandi.

Chu dikenakan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin oleh Hakim Norsalha Hamzah yang menetapkan kes itu disebut semula pada 6 Ogos. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan