Gaji Pati: Pemilik Kebun Cili Didenda RM80,000

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pemilik kebun cili di Nyalas, Jasin, didenda RM80,000 oleh Mahkamah Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati), Machap Umboo, Alor Gajah di sini atas kesalahan menggaji empat warga asing tanpa pas sah sejak 2009.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Kamalludin Ismail berkata, Teo Aik Tan, 46, didenda RM20,000 bagi setiap pekerja asing tanpa izin yang diambil bekerja dan penjara 24 bulan sekiranya gagal membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau berkata keempat-empat warga Myanmar itu, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 30-an itu ditahan di kebun cili tersebut pada 20 Mei 2010 dan didapati telah bekerja tanpa pas sah sejak setahun sebelum itu.

"Kita menahan pemilik kebun sebulan selepas tangkapan keempat-empat Pati berkenaan dan pendakwaan dibuat pada bulan Ogos tahun sama," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

Kamalludin berkata keempat-empat Pati tersebut telah dipenjara selama tiga bulan selepas ditahan sebelum diusir ke negara asal mereka.

Beliau berkata mahkamah sama turut menjatuhkan hukuman penjara antara dua hingga ke tiga bulan ke atas lima warga negara Kemboja kerana kesalahan tinggal melebihi masa dibenarkan di negara ini.

Kamalludin berkata mereka terdiri tiga lelaki dan dua perempuan berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan ketika sedang tidur di dua rumah berasingan di Tanjung Minyak di sini dua minggu lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan