Bekas Pengarah Eksekutif Dituduh Pecah Amanah Lebih RM1 Juta

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah eksekutif syarikat pembuatan pada Selasa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan pecah amanah membabitkan dana berjumlah lebih RM1 juta.

Hashmizar Hakimi, 49, yang bekerja di syarikat Sturgeon & Caviar Inc (M) Sdn Bhd didakwa bersama dengan seorang warga Austria yang masih bebas, Manfred Straka, melakukan kesalahan itu dengan meluluskan bayaran berjumlah RM785,000 kepada syarikat Akuatik Niaga Sdn Bhd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah lain Sturgeon & Caviar Inc.

Hashmizar didakwa meluluskan pembayaran itu dengan menggunakan empat keping cek bertarikh antara 15 Ogos 2008 dan 17 September 2009 di Jalan SetiaBakti 2, Plaza Damansara, Bukit Damansara di sini.

Bagi pertuduhan kedua pula, Hashmizar didakwa melakukan kesalahan yang sama, dengan meluluskan bayaran berjumlah RM236,000 kepada syarikat Icor Consulting (M) Sdn Bhd tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah lain dengan menggunakan 13 keping cek bertarikh antara 1 Mei 2008 dan 9 September 2009, di tempat yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah menawarkan wang jaminan sebanyak RM200,000 dengan dua penjamin tetapi peguam Mohd Firuz Jaffril yang mewakili tertuduh membantah kerana ia terlalu tinggi dan di luar kemampuan anak guamnya.

Hakim Mohamad Zulkifly Jusoh kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Hashmizar menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri ke balai polis berdekatan setiap awal bulan.

Kes akan disebut semula pada 3 September. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan