Tiga Pemimpin PKR Hadapi Tuduhan Ketiga Berhubung Perhimpunan 28 April

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali serta Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang sebelum ini didakwa berhubung perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, pada Isnin menghadapi satu lagi pertuduhan tambahan.

Pada 22 Mei lepas, mereka bertiga didakwa atas dua pertuduhan berhubung perhimpunan itu.

Mereka mengaku tidak bersalah terhadap terhadap pertuduhan tambahan itu iaitu bersubahat dengan R.Tangam, G.Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim bersama penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) yang melebihi lima orang telah menentang perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan diadakan di kawasan Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah menetapkan 3 September ini bagi sebutan kes itu. Mahkamah juga menetapkan tarikh sama bagi kes Rajesh Kumar, Farhan dan Tangam yang didakwa sebelum ini berhubung perhimpunan itu selepas kes mereka disebut pada Isnin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan mengemukakan satu lagi pertuduhan terhadap Anwar, Mohamed Azmin dan juga Badrul Hisham.

Anwar, 64, Mohamed Azmin, 48 dan Badrul Hisham, 34 sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Majistret Zaki Ashraf Zubir yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya orang awam tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1 Mei 2012.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 2.30 petang hingga 3 petang pada 28 April, di sepanjang Jalan Tun Perak di sini dan didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh didenda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan dengan menghasut ketiga-tiga mereka membuka sekatan besi halangan di Jalan Raja, di sini, pada hari yang sama.

Bagi pertuduhan itu, mereka bertiga didakwa bersama dengan penyokong-penyokong "Gabungan Bersih dan Adil" yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan mengingkari perintah Mahkamah Majistret yang dikeluarkan pada 26 April lepas, dan keingkaran itu mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan itu.

Anwar, 64, Mohamed Azmin dan Badrul Hisham didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Raja di sini, pukul 3 petang, 28 April lepas dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika memgaku tidak bersalah dan meminta supaya dibicarakan Anwar kedengaran mengeluarkan kata-kata; “Tak habis-habis penindasan politik..."

-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan