Dua Warga Pakistan Didakwa Tipu Ahli Perniagaan Bangladesh

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan warga Pakistan pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan warga Bangladesh dalam urusan membekalkan ubi kentang ke Malaysia yang bernilai lebih US$26,000.

Sheikh Aurangzeb Kapoor, 39, dan Nadeem Iqbal, 37, didakwa menipu Syed Sakhawatur Rahman, 61, dengan memperdayakannya untuk memasuki satu perjanjian bagi membekalkan 104 tan ubi kentang bernilai US$26,520 menerusi syarikat kedua-dua tertuduh, Premium Dynasty Enterprise.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Furuma Hotel, Changkat Thambi Dollah, di sini pada 19 Januari lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Suzanne Tiyon Bimen menawarkan jaminan RM200,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia bagi setiap tertuduh beserta syarat tambahan iaitu pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Peguam V. Muniandy, yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia kerana anak guamnya tidak mampu membayar jumlah jaminan tersebut selain tujuan jaminan hanya untuk memastikan kehadiran mereka ke mahkamah.

Hakim, Che Mohamad Zulkifly Jusoh kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia dan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 30 Ogos untuk pengurusan kes dan 1 dan 2 September untuk perbicaraan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan