Penjual Roti Canai Dipenjara 15 Tahun, Sebabkan Kematian Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang penjual roti canai dijatuhi hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis kerana menyebabkan kematian isterinya, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memerintahkan Mohd Rizal Esa, 32, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap iaitu 25 April 2010 selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mohd Rizal pada mulanya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, Abdul Halim ketika menjatuhkan hukuman mensabitkan dia mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Rizal didakwa membunuh Ahzila Mohamad Sofian Sohn, 23, di rumah bernombor 214, Tingkat 12, Blok C, Rumah Pangsa Larkin di sini antara pukul 1.30 dan 3 pagi, 24 April 2010.

Kesalahan terbabit dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata tindakan Mohd Rizal yang tanpa niat membunuh isterinya itu wujud akibat keadaan bangkit marah.

Bagaimanapun, perbuatan tersebut tetap merupakan satu tindakan di luar batas undang-undang.

"Mahkamah menggunakan budi bicara untuk mengetepikan sabitan bagi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dengan itu tertuduh diputuskan disabitkan dengan kesalahan Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan," katanya.

Mohd Rizal dalam rayuannya pula berkata dia sudah insaf dengan perbuatan tersebut dan berharap hukuman terhadapnya dapat dikurangkan kerana menanggung ibu bapa dan tiga anak yang masih kecil. Pendakwaan yang dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Johor Umar Saifuddin Jaafar dan peguam John Fernandez memanggil 20 saksi termasuk tertuduh sendiri sepanjang proses perbicaraan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan