Mahkamah Sesyen Tangguh Keputusan Kes Rasuah Penolong Penguasa SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat, menangguhkan keputusan kes penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, yang didakwa terhadap tiga pertuduhan rasuah berhubung siasatan kes rasuah seorang suspek.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh (menetapkan 6 Julai depan untuk memberi keputusan kes itu terhadap M.Mohan.

Pada prosiding hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar hujahan balas pihak pendakwaan dan pembelaan dan juga untuk keputusan tetapi kedua-dua pihak tidak mempunyai hujahan balas.

Bagi pertuduhan pertama, Mohan, 39, didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A.Sinnaiah, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.

Bagi pertuduhan kedua, Mohan didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat SPRM Negeri Selangor, di Plaza Masalam, Shah Alam, antara 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Oktober 2009.

Mohan juga menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh untuk dirinya suapan wang tunai RM5,000 daripada orang sama sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama di di Restoran Sri Paandi Corner, Pandan Indah di Ampang, Selangor, antara 11 pagi dan 12 tengah hari, 25 Oktober 2009.

Jika sabit kesalahan, Mohan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Nik Azrin Zairin Nik Abdullah manakala Mohan diwakili peguam R. Ratha Krishnan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan