Bekas Pembantu Kedai Diperintah Ke Sekolah Henry Gurney

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini Jumaat memerintahkan seorang bekas pembantu jualan kedai serbaneka menjalani pemulihan akhlak selepas mengaku bersalah terhadap 22 pertuduhan pecah amanah membabitkan kad tambah nilai telefon bimbit dan akses talian internet seluruhnya berjumlah RM21,335.

Hakim, Rozina Ayob mengarahkan Muhammed Hafiz Lim Muhammad Azman, 19, dihantar ke sekolah Henry Gurney, Melaka, sehingga mencapai usia 21 tahun kerana kesalahan mengambil kad tambah nilai telefon dan mengakses internet di kedai tempat dia bekerja di Putraheight antara 5 Dis 2011 hingga 3 Jan tahun ini.

Kad tambah nilai yang digunakan oleh tertuduh bernilai serendah-rendahnya RM5 sementara nilai akses internet berjumlah sehingga RM2,600 setiap kali digunakan.

Rozina semasa memerintahkan Muhammed Hafiz Lim ke sekolah pemulihan akhlak berkata, mahkamah memberi peluang kepada tertuduh menjalani kehidupan sebagai insan berguna dan tidak mengulangi perbuatan yang sama.

"Ambil peluang ini dan buktikan kepada mahkamah, diri sendiri, keluarga dan adik-beradik yang lain bahawa kamu akan berubah. Sekali lagi saya jumpa kamu, hukuman berat akan dikenakan," kata hakim tersebut.

Terdahulu, pegawai akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Salmah Begum mencadangkan Muhammed Hafiz Lim diberi peluang memperbaiki kesilapan dengan memberikannya latihan berbentuk kemahiran di Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai usia 21 tahun.

Beliau berkata, ibu Muhammed Hafiz Lim memberitahu bahawa anaknya itu seorang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga selepas kematian ayahnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat atau denda, jika sabit kesalahan.

Muhammed Hafiz Lim diwakili peguam dari Jabatan Bantuan Guaman Selangor, Azry Ahmad manakala pendakwaan dibuat oleh Siti Aishah Ab. Rashid. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan