Anwar Beri Keterangan Dalam Saman RM100 Juta Terhadap Khairy Jamaluddin

Diterbitkan: Jumaat, 29 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta beliau terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung dakwaan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah yang dimuat naik dalam beberapa laman web, termasuk Malaysiakini.com, menerusi klip video.

Peguam J. Leela, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita bahawa ketua pembangkang itu dan seorang wartawan akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Leela berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menetapkan 14 dan 20 November untuk mendengar kes saman itu selepas bertemu beliau dan peguam Faizal Faiz, yang mewakili Khairy, di dalam kamarnya.

Hakim turut memerintahkan kedua-dua pihak supaya memfailkan ringkasan kes, senarai saksi dan isu yang akan dibicarakan, katanya.

Pada 7 Mac, 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy dengan mendakwa defendan, ketika itu naib ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and Kin No Threat', dimuat naik dalam beberapa laman web, termasuk Malaysiakini.com.

Anwar memohon RM100 juta dalam ganti rugi teruk dan teladan, selain relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Khairy, dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 8 Oktober, 2010, berkata beliau bersandar kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.

Beliau berkata sebagai naib ketua Pemuda Umno, beliau mempunyai tanggungjawab perundangan, moral dan sosial kepada masyarakat dan orang Melayu, dan orang awam mempunyai kepentingan yang sah yang bersamaan dalam penerimaan maklumat berkaitan perkara dalam perbincangan yang memberi kesan kepada sosial, ekonomi dan politik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan