Presiden Majlis Peguam & Setiausaha Gugur Dari Saman Peguam Berhubung EGM

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dan setiausahanya Tony Woon Yeow Thong tidak lagi menjadi pihak dalam saman yang difailkan oleh seorang peguam berhubung mesyuarat agung luar biasa (EGM) badan itu pada 11 Mei lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membatalkan saman terhadap Lim dan Woon yang difailkan oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selepas membenarkan permohonan plaintif (Mohd Khairul Azam) untuk menggugurkan dua defendan itu dalam saman tersebut.

Pada 16 Mei lalu, Mohd Khairul Azam memfailkan saman dengan menamakan badan peguam tersebut, Majlis Peguam, Lim dan Woon sebagai defendan menuntut satu perisytiharan supaya diputuskan bahawa notis bertarikh 4 Mei untuk memanggil EGM itu sebagai tidak sah dan tidak selaras dengan Akta Profesion Guaman 1976.

Berikutan keputusan itu pada Khamis, pihak yang kekal dalam saman itu ialah Badan Peguam Malaysia dan Majlis Peguam.

Peguam Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Shaharudin Ali, yang mewakili Mohd Khairul Azam, memberitahu pemberita bahawa plaintif tidak meneruskan saman terhadap Lim dan Woon kerana mereka bertindak bagi pihak Majlis Peguam.

"Hakim membatalkan saman itu tanpa kos," kata Shaharudin sambil menambah bahawa pengguguran dua defendan itu tidak akan menjejaskan kes plaintif.

Beliau berkata mahkamah juga menetapkan 25 Sept ini bagi mendengar permohonan Badan Peguam Malaysia dan Majlis Peguam untuk membatalkan saman tersebut.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohd Khairul Azam, yang menganggotai Badan Peguam Malaysia dan juga Majlis Peguam, mendakwa bahawa notis memanggil EGM itu dikeluarkan kurang daripada tujuh hari sebelum 11 Mei, selain menyatakan bahawa anggota majlis tersebut tidak dimaklumkan dengan sewajarnya.

Beliau mendakwa bahawa Woon telah mengeluarkan notis EGM pada 4 Mei, tanpa menyebut sama ada Majlis Peguam sudah memutuskan dalam mesyuarat mereka sebelum itu untuk mengadakan EGM.

Beliau berkata usul yang dibincangkan dalam EGM itu melanggar Akta Hasutan 1948 kerana membincangkan perkara yang di luar bidang kuasa undang-undang yang mengawal selia pihak defendan.

Mohd Khairul Azam mendakwa bahawa anggota Majlis Peguam sudah diprejudis melalui usul berkenaan dan 14,189 anggota majlis diletakkan dalam keadaan skandal menerusi perbincangan secara terbuka serta bidang profesion mereka dicemuh.

Mesyuarat EGM tersebut meluluskan usul dengan 939 undi menyokong 16 menentang meminta Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri memohon maaf di atas penggunaan kekerasan yang berlebihan terhadap penunjuk perasaan dan wartawan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan