Pemilik Pusat Jagaan Kucing Didenda RM6,000

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua lelaki yang mengendalikan pusat jagaan kucing didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana mengabaikan kebajikan 30 ekor kucing tahun lepas.

Majistret K B Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrul Azuan Adanan dan Yushairi Khairuddin, masing-masing berumur 29, yang mengaku bersalah terhadap 30 pertuduhan mengabaikan haiwan itu.

Elena juga memerintahkan mereka dipenjara sebulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut. Mereka membayar denda tersebut.

Dalam keputusannya, Elena berkata mengikut Seksyen 44(2) Akta Binatang 1953 yang menyatakan sekiranya kezaliman yang berlaku hanya berbentuk tidak memberi penjagaan kepada binatang itu, individu berkenaan tidak layak dihukum penjara tetapi hanya dihukum denda sahaja.

Ketika menjatuhkan hukuman itu, beliau berkata mahkamah mengambil kira hujah pihak pendakwaan kucing-kucing yang dihantar ke situ tidak terurus dan tidak dijaga dengan sempurna.

Majistret itu berkata pihak pendakwaan juga berhujah bahawa laporan perubatan menunjukkan lapan ekor kucing mati akibat tidak diberi makan dengan cukup, kegagalan fungsi organ dalaman dan anemia.

Peguam Syariful Nizam Shahruddin yang mewakili Shahrul Azuan dan Yushairi, berhujah bahawa anak guamnya bukanlah bersifat tamak walaupun menyedari kemampuan mereka untuk menjaga kucing-kucing itu adalah terhad.

Bagi 30 pertuduhan itu, Shahrul Azuan dan Yushairi didakwa dengan niat bersama telah mengabaikan kebajikan memberi makanan dan minuman serta tempat penyimpanan dan penjagaan yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap kucing-kucing tersebut.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pusat jagaan kucing Petknode Online Pet Store, No.F001B, Level 1, Plaza Seasons Square, Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, Selangor, antara 3 dan 4 September 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Jamadi Badri daripada Jabatan Veterinar.

Sementara itu, dua pemilik kucing yang menghantar haiwan peliharaan mereka ke pusat jagaan itu yang hanya dikenali sebagai Sabira dan Zubina, berkata mereka bercadang mengemukakan saman terhadap pemilik pusat berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan