Sebutan Kes Saman Fitnah Husam Ke Atas Kickdefella 4 Julai

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 4 Julai depan sebagai tarikh sebutan kes saman fitnah sebanyak RM5 juta oleh Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap blogger Kickdefella ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.

Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar permohonan Husam untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz daripada terus mengeluarkan kenyataan mengenai Exco kerajaan negeri Kelantan itu.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Mariana Yahya di dalam kamarnya hari ini.

Pada 19 September tahun lepas, Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.

Susulan itu pada 9 Oktober, Syed Azidi mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Baharu untuk memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada 17 April lalu, Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mendengar kes berkenaan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan