Rompak Pesara: Penghantar Surat Dipenjara Tiga Tahun

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang penghantar surat dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Rabu kerana merompak seorang pesara dengan menggunakan sebatang kayu besbol, tiga bulan lepas.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman itu terhadap Arzuwan Omar, 24, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap pertuduhan itu.

Suraiya memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa daripada tarikh tangkapan pada 28 Mac lepas.

Arzuwan didakwa merompak sebuah komputer riba, sebuah beg golf berisi baju dan wang tunai RM500, sebuah troli golf dan kasut, sebuah kereta Toyota Corolla milik Foo Kuet Keong, 65, yang kesemuanya bernilai RM18,500, di No. 81, Jalan SS 19/6M, Subang Jaya di sini, pada 1.15 malam, 25 Mac lalu.

Dia yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ching Kian Chun memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap Arzuwan kerana mangsa merupakan seorang warga emas dan semasa kejadian, tertuduh telah menggunakan kayu besbol sebagai senjata. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan