Peniaga Dihukum Penjara 14 Bulan Kerana Tipu Wang

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 14 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu wang dua lelaki membabitkan pembelian rumah. Bagi pertuduhan pertama, Mazri n Ab Aziz, 36, didakwa menipu R.Udhaya Kumar, 35, dengan memperdayakannya untuk memindahkan wang berjumlah RM3,000 ke dalam akaun milik tertuduh untuk tempahan pembelian rumah lot banglo di Kota Perdana Putra Permai yang diiklankan di laman web mudah.my. sedangkan rumah itu bukan untuk dijual.

Mazrin didakwa melakukan kesalahan itu sebuah di rumah No 19, Seksyen 14/36, di sini, pada 12.30 tengah hari, 1 Sept 2010. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menipu seorang lagi lelaki Nur Edlan Megat Othman, 34, dengan niat jahat serta memujuknya menyerahkan wang tunai RM1,000 bagi urusan wang cagaran membeli rumah.

Dia melakukan kesalahan itu di Bank CIMB Jalan Seksyen 52, di sini pada 1.30 tengah hari, 26 Mac 2011. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta denda.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhi hukuman penjara 14 bulan bagi pertuduhan pertama dan 14 bulan dengan satu sebatan bagi pertuduhan kedua serta memerintahkan supaya hukuman penjara berjalan serentak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan