Lelaki Acheh Dihukum Gantung Edar Dadah

Diterbitkan: Rabu, 27 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi pada Rabu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki berasal dari Acheh, Indonesia setelah didapati bersalah mengedar dadah lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Ilham Saputra Zainal Abidin, 32, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Ilham Saputra yang bekerja sebagai peniaga ikan didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 95.31 gram di tepi pagar kilang Hamagawa Sdn Bhd, Jalan Bakar Arang, Sungai Petani pada 5.30 petang 9 Ogos 2007.

"Daripada keterangan pihak pendakwaan, SP4 (saksi pendakwa) telah adakan perbincangan dengan OKT (orang kena tuduh) melalui telefon untuk jual beli dadah berbahaya dan telah menetapkan tempat dan masa untuk pertemuan.

"OKT datang selepas perbincangan itu. Semasa ditangkap dadah berbahaya ada dalam pemilikan OKT dan OKT memang tahu beg yang dibawanya mengandungi dadah," kata Mohd Zaki.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala tertuduh diwakili peguam Gooi Soon Seng. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan