Tukang Masak Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Membunuh

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang tukang masak dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita yang enggan berkahwin dengannya tahun lepas.-foto UTUSAN
Seorang tukang masak dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita yang enggan berkahwin dengannya tahun lepas.-foto UTUSAN

ALOR SETAR: Seorang tukang masak dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Selasa, selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita yang enggan berkahwin dengannya tahun lepas.

Othman A. Aziz, 61, dijatuhkan hukuman itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu.

Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata berdasarkan keterangan pakar patologi, terdapat 26 luka tikaman dan empat luka hirisan pada bahagian dada dan belakang mangsa.

"Luka tikaman itu menembusi organ dalaman si mati dan tertuduh mempunyai niat untuk membunuh si mati. Jadi mahkamah tiada pilihan lain selain menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh mengikut peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Mengikut pertuduhan, Othman didakwa membunuh Ratna Sufizzahriyanti Omar, 23, di dalam sebuah bilik bernombor G 12 di rumah nombor 1926H, Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini antara pukul 8.45 malam 2 Mei 2011 hingga 12.45 pagi 3 Mei 2011.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Othman yang merupakan bapa kepada dua orang anak dalam rayuannya memohon maaf kepada isteri dan anak-anaknya serta keluarga mangsa.

"Saya mohon mahkamah pertimbangkan rayuan kes saya dan saya insaf dengan apa yang telah terjadi. Saya juga mohon agar mahkamah mempertimbangkan supaya saya boleh menjalani hukuman penjara di Selangor kerana keluarga saya berada di sana," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud manakala tertuduh diwakili peguam A. J. Surinarayanan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan