Pemilik Anjing Didenda RM2,000 Kerana Cuai, Sebabkan Kematian Warga Emas

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang akauntan wanita pada Isnin didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana cuai meninggalkan anjing peliharaannya sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas, bulan lepas.

Majistret Nazri Omran menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Elaine Soon Sien Ling, 28, selepas pemilik haiwan itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan cuai meninggalkan atau membiarkan seekor anjing jenis Pitbull, sehingga menyebabkan bahaya kepada Yip Sun Wah, 74.

Sien Ling, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di No. 59, Jalan SS 19/5B Subang Jaya, Subang, Selangor, pada 9.40 pagi, 8 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Sien Ling memberitahu mahkamah dia telah berjumpa dengan keluarga si mati untuk meminta maaf atas kejadian itu.

Katanya, dia amat menyesal dengan apa yang berlaku dan mengakui sebelum ini anjing peliharaannya sihat dan sentiasa dikurung dalam kandang dan dikunci pagarnya.

Sien Ling menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia membela anjing itu kerana ibunya tinggal sendirian jika dia keluar bekerja dan rumahnya pernah dimasuki pencuri.

Nazri Omran dalam penghakimannya berkata hukuman terhadap Sien Ling diputuskan selepas mengambil kira fakta bahawa keluarga mangsa telah memaafkan tertuduh dan menarik balik semula laporan polis.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya memohon mahkamah agar hukuman yang setimpal untuk memberi pengajaran kepada masyarakat.

Akhbar sebelum ini telah melaporkan mangsa yang sedang berjogging mati ditempat kejadian selepas diserang seekor anjing peliharaan jirannya.

Pemilik haiwan itu turut dikenakan kompaun RM1,000 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana kecuaiannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan