Menteri Ada Kuasa Isytihar 'Bersih' Pertubuhan Haram - Peguam Kanan Persekutuan

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Selasa, diberitahu bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kuasa untuk mengisytihar 'Bersih' sebagai sebuah pertubuhan haram dan tindakan beliau itu tidak bercanggah dengan undang-undang.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata Hishammuddin membuat keputusan itu bagi memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam dan keputusan beliau itu sah di sisi undang-undang.

Azizan berkata demikian dalam hujahnya pada prosiding semakan semula penghakiman yang difailkan 14 anggota jawatankausa pemandu "Bersih', termasuk Datuk S. Ambiga, terhadap Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Azizan juga berkata Ambiga dan 13 yang lain, yang diwakili Ambiga dalam permohonan itu, tidak mempunyai locus standi, manakala keputusan Menteri Dalam Negeri mengisytihar 'Bersih' sebagai pertubuhan haram pula adalah sesuatu yang wajar serta rasional.

Sementara itu, dalam hujahnya, peguam Tommy Thomas, yang mewakili kesemua pemohon, berkata tindakan Hishammuddin itu bercanggah dengan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

"Menteri berkenaan terkhilaf dalam melaksanakan kuasanya dan oleh itu, keputusan beliau patut dibatalkan," katanya. Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 24 Julai untuk mengumumkan keputusannya.

Pada 28 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan jawatankuasa pemandu itu untuk mendapatkan semakan semula penghakiman.

Mereka juga memohon mahkamah mengetepikan perintah Menteri Dalam Negeri bertarikh 1 Julai, yang mengisytihar Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, sebagai tidak sah dan terbatal serta tidak terpakai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan