Dua Lelaki Pukul Petinju Negara Didakwa - Berita Mahkamah | mStar

Dua Lelaki Pukul Petinju Negara Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Dua lelaki termasuk seorang orang kenamaan (VIP) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin kerana menyerang petinju negara berusia 24 tahun, Muhamad Farkhan Mohd Haron, Mei lalu.

Tunku Nick Tazuddin Izwan Shah Tunku Qadir, 27, dari Istana Bukit Kesenangan, Jalan Abdul Samad, dan Alex Foo Hee Wee, 41, yang berasal dari Taman Seri Tebrau, didakwa melakukan kesalahan itu bersama dengan empat individu lain di Jalan Moleh 3/2, Taman Molek antara pukul 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei.

Kedua-duanya hadir di mahkamah dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas petinju itu menggunakan objek tumpul.

Pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Zamri Bakar menetapkan ikat jamin sebanyak RM12,000 setiap seorang dan kedua-dua mereka membayar jaminan tersebut.

Zamri turut menetapkan 12 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd Jaafar manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Isa Mohamad Basir.

Terdahulu, Muhamad Farkhan yang memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA 2009 di Laos mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat dipukul sekumpulan lelaki.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan