Peguam Gagal Dapat Lanjutan Masa Untuk Fail Notis Rayuan

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kes saman yang dikemukakan oleh peguam M. Manoharan terhadap dua pemilik tanah atas dakwaan gagal membayar yuran guaman dan bayaran rundingan sebanyak RM3.9 juta akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Kes itu akan dibicarakan pada 20 dan 21 September ini berikutan kegagalan Manoharan mendapatkan lanjutan masa daripada Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bagi memfailkan notis rayuan.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Anantham Kasinater dan Datuk Lim Yee Lan sebulat suara menolak permohonan Manhoran itu.

Panel itu sebaliknya membenarkan permohonan pemilik tanah pusat perubatan Imran ENT Specialist Sdn Bhd dan pengarahnya Aminah Sirajudin, selaku defendan, membatalkan permohonan Manoharan itu.

Hakim Mohd Hishamudin memerintahkan Manoharan membayar kos mahkamah sebanyak RM15,000.

Dalam saman yang difailkan pada 22 Disember tahun lepas, Manoharan mendakwa beliau dilantik oleh defendan bagi memberi nasihat terhadap urusan tanah.

Beliau kemudian mendapatkan penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lepas terhadap defendan tetapi pada 9 Mac lepas, pihak defendan berjaya dalam permohonan mereka untuk mengetepikan penghakiman ingkar itu.

Manoharan kemudian mahu membuat rayuan terhadap keputusan itu dan oleh kerana tempoh masa untuk fail notis rayuan lewat 38 hari, maka beliau memohon lanjutan masa.

Imran ENT Specialist dan Aminah mendakwa mereka tidak diserahkan dengan writ saman yang menyebabkan Manoharan mendapatkan penghakiman ingkar terhadap mereka.

Manoharan memberitahu Mahkamah Rayuan alasan kelewatan memfailkan notis rayuan adalah disebabkan beliau terlepas perhatian kerana tekanan kerja kerana beliau mengutamakan kepentingan anak guamnya terlebih dahulu sebelum kepentingan dirinya.

Pemilik tanah itu diwakili oleh peguam Mansheel Kaur. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan