Mahkamah Benar Berjaya Books Cabar Rampasan Buku Irshad Manji

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berjaya Books Sdn Bhd, pemilik kedai buku Borders, dan dua yang lain, pada Isnin mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merampas buku kontroversi tulisan Irshad Manji daripada sebuah kedainya.

Hakim Datuk Rohana Yusuf meluluskan permohonan semakan semula penghakiman yang dikemukakan Berjaya Books, Pengurus Besar Operasi dan Barangan Borders Fung Wye Keong dan Pengurus Stor kedai buku Borders di The Gardens di Mid Valley City, Nik Raina Nik Abdul Aziz.

Hakim berkenaan, yang membuat keputusan itu dalam kamarnya, juga menolak bantahan awal terhadap permohonan itu oleh Jabatan Peguam Negara.

Hakim Rohana mengeluarkan perintah itu selepas mendengar hujah peguam Rosli Dahlan yang mewakili ketiga-tiga pemohon serta Peguam Kanan Persekutuan Nurul Farhana Khalid yang mewakili responden Jawi, Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam.

Bercakap kepada pemberita, Rosli berkata hakim memberi kebenaran itu atas alasan permohonan berkenan mempunyai merit, tidak pramatang dan Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu. Beliau berkata mahkamah menetapkan 5 Sept sebagai tarikh untuk mendengar semakan semula penghakiman itu.

Nurul Farhana berkata Jabatan Peguam Negara membantah permohonan itu dengan alasan ia bersifat pramatang dan berhubung bidang kuasa.

Tiga pemohon itu menuntut antara lain, perintah certiorari untuk menolak keputusan para pegawai Jawi menyerbu, menggeledah dan merampas buku tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan "Allah, Liberty and Love" pada 23 Mei di Borders Bookstore di The Gardens Mall di Mid Valley City.

Mereka juga memohon perintah certiorari untuk mengenepikan keputusan mendakwa Nik Raina di Mahkamah Syariah kerana mengedar buku berkenaan.

Nik Raina dihadapkan ke mahkamah pada 19 Jun atas tuduhan mengedar dan menjual buku berkenaan, yang dikatakan bercanggah dengan undang-undang Islam di Borders Bookstore, The Gardens Mall di Mid Valley City antara pukul 8.41 malam dan 9.45 malam pada 23 Mei. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan