Mahkamah Arah Suspek Warga Iran Diekstradisi Ke Thailand

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin membenarkan permohonan ekstradisi oleh kerajaan Malaysia terhadap warga Iran Sedaghatzadeh Masoud yang dikehendaki oleh kerajaan Thailand kerana dipercayai terbabit dengan kejadian letupan bom di Bangkok, Februari lepas.

Hakim S.M. Komathy Suppiah turut memerintahkan Masoud, 32, ditahan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perintah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri bagi penyerahan lelaki Iran itu kepada kerajaan Thailand.

Beliau berkata pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa Masoud merupakan penjenayah buruan dan dikehendaki oleh pihak berkuasa Thailand.

Masoud, melalui peguamnya Mohd Nashir Hussin, memberitahu mahkamah bahawa dia akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi.

Komathy membuat penghakiman tersebut setelah mendengar penghujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar yang mewakili Jabatan Peguam Negara dan Mohd Nashir.

Masoud ditahan mengikut Akta Imigresen pada jam 3.30 petang 15 Feb lepas di Terminal Penerbangan Tambah Murah (LCCT) di Sepang ketika hendak berlepas ke Iran, selepas tiba dengan penerbangan dari Bangkok pada malam sebelumnya.

Dia ditahan atas permintaan kerajaan Thailand selepas disyaki mempunyai hubungan dengan dua suspek warga Iran yang ditahan berikutan kejadian letupan bom di sebuah rumah di Bangkok.

Dalam penghujahannya, Kamal Baharin berkata Masoud mengenali dua suspek senegaranya sebelum insiden 14 Februari itu dan dia dilihat di rumah tersebut.

Katanya, rakaman CCTV menunjukkan Masoud dan dua suspek lain meninggalkan rumah tersebut pada waktu sama berikutan letupan itu yang merosakkan rumah itu.

Sementara itu, Mohd Nashir dalam hujahannya, berkata tidak ada keterangan daripada semua afidavit dan gambar untuk menunjukkan Masoud mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan bahan letupan di rumah itu.

Beliau juga berkata, tidak ada bukti menunjukkan Masoud telah bersuhabat dengan suspek untuk membuat bahan letupan dan menyerang sasaran tertentu di Bangkok.

Pada 15 Mac lepas, Jabatan Peguam Negara mengemukakan afidavit sokongan bahawa kerajaan Thailand sudah meminta supaya perintah ekstradisi dikeluarkan terhadap Masoud menurut Perkara 7 Triti Ekstradisi antara kerajaan Great Britain dengan kerajaan Siam pada 1911 yang juga berkuatkuasa di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan